Masa Tidak Menunggu Kita...

Friday 8 February 2013

MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI PKG KALI 1 /2013

Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG Kali 1/2013 telah diadakan pada 7 Februari 2013 bertempat di PKG Kepala Batas. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Badawi , Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd Jan. Encik Mohd Yusoff bin Sahab (Ketua Penolong Pengarah BTPN Pulau Pinang) turut hadir dalam mesyuarat ini. Seramai 22 orang Pengetua dan Guru Besar telah hadir dalam mesyuarat ini. 

Pengetua dan Guru Besar Mendaftar kehadiran
 
Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd Jan mempengerusikan mesyuarat dan turut dihadiri oleh Encik Mohd Yusoff bin Sahab (Ketua Penolong Pengarah BTPN Pulau Pinang)